Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Festival belon udara panas kembali ke Myanmar

    PYIN OO LWIN, MYANMAR, 7 NOV – Beribu-ribu orang telah berhimpun di tengah Myanmar untuk meraikan Festival Cahaya Tazaungdaing yang menandakan tamatnya musim hujan dengan pertunjukan belon udara panas.

    Perayaan di atas bekas stesen bukit British itu sudah dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19 dan pergolakan berikutan rampasan kuasa tentera.

    Namun kelmarin, para peserta mula melancarkan 76 rekaan artistik yang akan terbang ke udara sepanjang lima hari, bertanding untuk nilai estetik, kerja berpasukan, ketinggian yang dicapai dan masa yang diluangkan di udara.

    Belon mereka terbang ke atas kira-kira 100 meter menggunakan haba dari api sebelum mercun di dalamnya meletup, menghancurkan hasil kerja berbulan-bulan dalam pertunjukan cahaya yang menakjubkan.

    Perayaan tersebut merupakan satu bentuk kelonggaran dari kesengsaraan ekonomi dan keganasan yang berlaku di hampir seluruh pelosok negara selepas dua tahun rampasan kuasa tentera. – AFP

    Penari-penari dari etnik Shan sedang mengadakan pertunjukan semasa Festival Cahaya Tazaundaing. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...