Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Festival Eko 26 Jun tonjol aktiviti menarik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Minggu Perubahan Iklim sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2022 diakhiri dengan Festival Eko yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan selaku penganjur bersama Brunei MYCE 2022.

    Menurut kenyataan dari Jawatankuasa Media dan Promosi Minggu Tindakan Iklim MYCE, hari ini, Festival Eko yang bertemakan Towards a Low Carbon and Climate-Resilient Brunei Darussalam akan berlangsung di sekitar kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) pada 26 Jun.

    Festival Eko kali ini merupakan usaha sama daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya industri-industri utama dalam mengurangkan pengeluaran gas karbon melalui aktiviti-aktiviti harian.

    Acara akan dimulai solat Subuh berjemaah dan tazkirah yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara dan diteruskan dengan pelancaran Festival Eko yang akan diadakan di kawasan tempat masuk Taman Mahkota Jubli Emas.

    Antara acara yang akan dimuatkan dalam pelancaran festival itu termasuklah senaman pagi, pelancaran video di BIBD Eco Cine dan penanaman pokok di tempat masuk Taman Mahkota Jubli Emas.

    Pelbagai pameran dan aktiviti menarik yang diadakan di kawasan tempat letak kereta Taman Mahkota Jubli Emas iaitu Sustainable Nation Showcase yang dikendalikan oleh pihak Community For Brunei.

    Pameran itu memuatkan beberapa aktiviti seperti pameran daripada Community for Brunei, Kempen Derma Pokok bersama Progresif Cellular Sdn Bhd, pameran Sustainable Schools oleh Sekolah Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Antarabangsa Brunei dan pameran dari Future Energy Lions (Shell).

    Turut diadakan di tempat yang sama ialah Tamu Thryff anjuran Thryffy yang disertai oleh perusahaan tempatan industri thrift. Pameran dan tamu jualan akan berlangsung pada Ahad ini mulai jam 5 pagi hingga 9 malam.

    Manakala Sustainable Art Tour pula akan mempamerkan prototaip taman terapung di jeti dekat Restoran Kaizen sehingga 28 Jun.

    Pameran lain termasuk uji pandu kereta elektrik (EV), arca hidup, Yayasan Food Street, Drop Off Composting 101 dan Upcycled Stadium Chairs dan Crafts Tunnel.

    Crafts Tunnel anjuran Sparks Co akan berlangsung di terowong Yayasan pada 26 Jun dan 3 Julai.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...