Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Festival Filem China bertemakan BRI dirasmikan

    Festival Filem China yang menayangkan filem bertemakan ‘Jalur dan Laluan’ (BRI) membuka tirainya secara dalam talian baru-baru ini.

    Dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Luar, Kementerian Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan China, festival itu dijadualkan berlangsung sehingga penghujung tahun ini.

    Untuk edisi kali ini, lebih 60 dokumentari dan filem bertemakan BRI dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia yang dihasilkan oleh CGTN milik CMG akan ditayangkan di pelbagai negara untuk memaparkan kesalinghubungan dan persahabatan antara negara terlibat di bawah inisiatif BRI.

    Menteri Luar China, Qin Gang dalam ucapan perasmiannya berkata sebanyak 151 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa menyertai BRI dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

    Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga kesalinghubungan dalam aspek infrastruktur, peraturan dan piawaian serta persefahaman dalam kalangan rakyat semakin dipergiat.

    Festival Filem China membuka tirainya secara dalam talian baru-baru ini. – Agensi

    “Pembinaan BRI adalah berasaskan persefahaman dalam kalangan rakyat.

    “Oleh itu, China berharap untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak agar terus meningkatkan kerjasama interaksi bidang sosiobudaya dan mendorong pertukaran tamadun,” kata Qin.

    Upacara perasmian festival itu mendapat perhatian lebih 50 orang tokoh politik, bekas tokoh politik dan pegawai agensi media dari Mesir, Thailand, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Belarus, Chili, Peru, Laos, Georgia dan Uruguay yang masing-masing mengucapkan tahniah.

    Dalam pada itu, CGTN turut melancarkan aktiviti arkib video pendek yang melibatkan perubahan negara masing-masing dalam tempoh 10 tahun ini.

    Festival Filem China buat pertama kalinya dianjurkan CMG pada Jun 2022 dan lebih 50 buah dokumentari berbilang bahasa ditayangkan oleh 128 buah media di lebih 60 buah negara serta kawasan pada masa itu.

    Untuk rekod, inisiatif BRI memasuki ulang tahun ke-10 tahun ini sejak pertama kali diperkenalkan oleh Presiden China, Xi Jinping. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...