MEIZHOU – China bukan sahaja meraikan ekuinoks musim luruh ke-16 daripada 24 kalendar solar China, tetapi juga ‘Festival Menuai China’ pada peringkat negeri.
Meizhou, sebuah bandar raya peringkat daerah di selatan Wilayah Guangdong di China, memperlihatkan kepada negara tuaian yang besar pada musim luruh dan mempromosikan produk teh mereka yang terkenal di seluruh dunia.
Festival itu dan Sidang Kemuncak Elit Antarabangsa Meizhou China Pertama bagi Industri Teh diadakan di ibu kota Hakkas di dunia dari 22 hingga 24 September. Sebagai satu daripada 70 perayaan menuai di China yang paling dipaparkan di kawasan luar bandar pada 2019, acara itu berfungsi sebagai satu sesi selari yang penting bagi Guangdong untuk merayakan pesta itu bagi petani.
Festival itu direka untuk meraikan musim menuai, mempromosikan budaya tempatan dan merancakkan semula kawasan desa. Bertemakan ‘Ibu kota Hakka di Dunia Meraikan Musim Menuai dan Teh Jiaying yang terkenal di seluruh negara’, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Meizhou CPC, acara itu mempromosikan pelbagai produk pertanian yang mencakupi dari limau bali dan beras Meizhou kepada teh Jiaying dalam bentuk tarian, nyanyian, persembahan warisan tidak ketara, teknik buruh di ladang dan sitcom.
Inilah cara bagaimana Meizhou mempersembahkan petani mereka dan menggalakkan lebih ramai orang untuk mendapatkan satu pemahaman mengenai bandar raya itu.
Teh yang semakin popular dan hebat dari pergunungan Meizhou diperkuatkan oleh persekitaran yang kukuh ketika bandar raya Guangdong di sebelah utara itu komited untuk mendalami pembangunan ekologi.
Pada 22 September, pemimpin industri teh dari 21 buah negara dan wilayah telah bermesyuarat di Sidang Kemuncak Elit, yang telah diadakan di Gunung Hanshan di Wilayah Fengshun, yang bertujuan untuk membincangkan perkembangan masa hadapan bagi industri teh dan mempromosikan teh Jiaying di China dan seterusnya.
Di samping pemandangan penuaian oleh petani-petani Hakka, budaya teh yang tak lapuk dek zaman dan sumber teh yang luar biasa sangat mengagumkan hadirin.
“Ia (Gunung Hanshan) adalah tempat yang indah dengan pemandangan mengagumkan. Saya yakin bahawa sebuah tempat yang indah seperti ini akan menarik lebih ramai pelancong. Satu lawatan ke ladang teh di Hanshan telah memberikan saya pengalaman yang luar biasa,” kata Ian Gibbs, Pengerusi bagi Jawatankuasa Teh Antarabangsa.
Adalah diharapkan bahawa Meizhou akan mengambil acara itu sebagai satu peluang dan melakukan usaha mereka yang terbaik untuk melaksanakan strategi pencergasan semula luar bandar dan menegakkan falsafah pembangunan baharu, kata Zheng Weiyi, timbalan setiausaha agung bagi Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Guangdong.
Dengan itu, beliau menambah, bandar raya itu harus mengintegrasikan industri teh dengan pelaksanaan Inisiatif Satu Laluan Satu Lingkaran memperluas pengaruh dan memastikan lebih banyak keputusan akan dicapai daripada penganjuran itu.
Dengan berbuat demikian, Meizhou akan membawa industri teh, budaya dan ekonomi mereka kepada satu tahap tinggi yang baharu. – Agensi