Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Festival monyet rangsang pelancongan

    LOPBURI, THAILAND, 28 NOV – Hidangan sesuai untuk monyet telah dihidangkan kelmarin semasa Festival Pesta Monyet tahunan di tengah Thailand.

    Di tengah-tengah kesibukan pagi, deretan patung monyet yang memegang dulang disusun di luar perkarangan Tiga Pagoda Purba, manakala sukarelawan menyediakan makanan di seberang jalan untuk monyet sebenar – simbol wilayah Lopburi, sekitar 150 kilometer utara Bangkok.

    Tidak lama kemudian, berduyun-duyun kera berlari-lari sambil bergaduh sesama sendiri, manakala pengunjung dan penduduk tempatan semakin ramai.

    Ketika jamuan yang disediakan dengan teliti dibawa ke kuil, haiwan-haiwan itu mula menerkam dan tidak lama kemudian memakan hidangan yang sebahagian besarnya vegetarian.

    Walaupun nilai hiburan festival itu tinggi, penganjur menunjukkan bahawa ia bukan sesuatu yang merugikan.

    “Pesta kenduri monyet ini merupakan acara yang berjaya membantu mempromosi pelancongan Lopburi dalam kalangan pelancong antarabangsa setiap tahun,” kata Yongyuth Kitwatanusont, pengasas festival itu. – AP

    Monyet-monyet menikmati buah-buahan semasa festival di Lopburi, Thailand pada 27 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...