Thursday, August 18, 2022
23.4 C
Brunei

Festival monyet tarik 1,000 pengunjung

-

LOPBURI, THAILAND, 28 NOV – Adab makan haiwan berkenaan sangat mengejutkan, namun tetamu khas dalam hidangan istimewa di bandar Lopburi, Thailand itu sangat menyukainya.

Lopburi telah mengadakan festival buah-buahan tahunan bagi monyet makaka sejak lewat 1980an, sebahagian daripada tarikan pelancong dan tradisi agama.

Tahun ini Festival Bufet Monyet menyaksikan sekitar 1,000 ekor monyet simia lapar duduk di atas meja makan selongokkan tinggi buah-buahan di luar bandar kuil Pra Prang Sam Yod yang berusia 800 tahun.

Penganjur festival itu, Yongyuth Kitwatananusont berkata monyet-monyet itu lebih gemar makan durian, buah tropika popular dengan baunya yang kuat.

Sekatan pergerakan COVID-19 bermaksud parti tahun lalu telah ditiadakan namun tahun ini pengunjung kembali semula dengan lebih 100 hadir untuk menyaksikan haiwan fanatik buah-buahan itu.

Para pengunjung juga terhibur apabila sebilangan monyet-monyet yang nakal sempat naik ke badan pelancong, mencuri topi, menggigit rambut panjang dan curi-curi menggigit. – AFP

Para pelancong berkumpul dan mengambil gambar monyet makaka (macaque) memakan buah-buahan yang diletakkan di luar kuil Phra Prang Sam Yod di wilayah Lopburi, Bangkok pada 28 November. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -