Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Festival perahu naga kembali meriah di China

    GUANGZHOU, CHINA – Tradisi perahu naga kembali diadakan di beberapa kawasan China buat pertama kali pada Jumaat sejak wabak pandemik pada akhir tahun 2019, ketika sekatan dibatalkan selepas kes COVID semakin berkurangan.

    Kawasan Teluk Lychee yang indah di selatan hab pengeluaran China di Guangzhou menganjurkan pameran perahu dan perayaan lain untuk meraikan cuti sempena memperingati kematian seorang penyajak terkenal dan menteri kerajaan Qu Yuan lebih 2,200 tahun lalu.

    Sekatan yang dikenakan ke atas tempoh acara serta jumlah penonton masih dikuatkuasakan namun ia langsung tidak menjejas suasana perayaan.

    Selain pameran dan perlumbaan perahu tradisional – menampilkan pasukan yang terdiri daripada puluhan atau lebih pendayung tetapi tidak diadakan di Guangzhou pada tahun ini disebabkan peraturan pandemik – cuti tersebut disambut dengan perhimpunan komuniti dan acara memakan ladu nasi kukus dimasak dengan daging, kacang tanah dan ramuan lain dan dibungkus dalam daun hijau yang diikat dengan tali.

    China hanya mencatat 74 kes COVID baharu pada Jumaat dan sekatan telah dilonggarkan di bandar-bandar seperti Shanghai, yang telah dikenakan sekatan ketat selama lebih daripada dua bulan.

    Peserta perahu naga dari kampung Panting mendayung di sepanjang terusan di kawasan Teluk Lychee di Guangzhou, selatan wilayah Guangdong, China pada 3 Jun 2022. – AP

    Seorang budak memegang bendera ketika menghadiri perlumbaan pe-rahu naga di kawasan Teluk Lychee di Guangzhou, selatan wilayah Guangdong pada 3 Jun 2022. – AP

    Sementara sekatan perjalanan, syarat-syarat ujian, kuarantin dan mandat pemakaian pelitup muka masih dikekal-kan, negara itu beransur-ansur keluar daripada dasar ‘sifar COVID’ yang telah melumpuhkan ekonomi domestik dan mengekang rantaian bekalan global.

    Penduduk Guangzhou, June He berkata dia berasa sungguh lega kerana dapat menyambut festival itu sekali lagi selepas dibatalkan untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

    “Saya berasa amat teruja dan gembira,” ujar He, yang merupakan salah seorang daripada ratusan penonton yang menyaksikan kru dari kampung Pantang mendayung perahu sepanjang 38 meter yang dihiasi dengan cantik.

    Wang Haoran, seorang pelancong dari Mongolia di wilayah utara China, berkata dia hanya mengalami kemeriahan festival itu menerusi buku dan televisyen.

    “Saya gagal merasai kemeriahan dan keindahan acara tersebut,” kata Wang.

    Tradisi perahu naga wujud sejak 500 tahun lalu, dan penduduk pada satu abad lalu mula mempamerkan perahu sebagai hasil seni dan ketukangan tradisional, kata Liu Yongzhou, ketua persatuan perahu naga dari salah satu daerah kampung.

    Pengembalian festival perahu naga juga disambut baik oleh perniagaan kecil di kawasan itu.

    “Ia merupakan berita baik untuk pelbagai pihak, termasuk pelancong. Pemandangan dan suasana di sini akan kembali rancak dan meriah,” kata Ji Tuhui, pemilik sebuah kedai roti kecil yang menjual pastri tradisional Kantonis.

    Ketika sektor perniagaan masih belum pulih kepada tahap sebelum pandemik, persembahan perahu naga pada Jumaat telah membawa pelancong dan wang perbelanjaan mereka, kata Ji.

    Sementara itu, Liu menganggap acara yang diadakan itu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

    “Pada tahun ini, untuk memenuhi syarat-syarat pencegahan epidemik, kami mengurangkan saiz acara,” katanya. “Namun ia masih menyeronokkan kerana kami masih boleh mengadakan acara ini di bawah peraturan ketat.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...