Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Pertengahan Musim Luruh disambut meriah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Warga Sekolah Sinaran Pelangi baru-baru ini menganjurkan Festival Pertengahan Musim Luruh di sekolah tersebut, yang dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Sekolah Sinaran Pelangi, Loo dan pengetua sekolah, Wong.

    Acara dimulakan dengan persembahan tarian bertemakan Festival Pertengahan Musim Luruh oleh murid-murid tadika sekolah tersebut, diikuti dengan sesi bercerita tentang asal usul festival berkenaan, yang menarik minat hadirin.

    Kemuncak sambutan itu adalah demonstrasi langsung pembuatan kuih bulan snow skin yang diketuai oleh Cecilia Lim.

    Para pelajar, guru, dan kakitangan sekolah turut berpeluang mempelajari cara membuat hidangan tradisional tersebut dan menikmati pelbagai jenis kuih bulan termasuk snow skin dan kuih bakar yang popular.

    Selain itu, murid-murid berpeluang menyertai kuiz berdasarkan cerita tentang festival tersebut, dengan pelbagai hadiah diberikan kepada pemenang.

    Acara diakhiri dengan aktiviti seni dan kraf, di mana murid-murid berpeluang mencipta karya seni bertemakan Festival Pertengahan Musim Luruh, melengkapkan acara penuh keceriaan itu.

    Para pelajar Sekolah Sinaran Pelangi bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI
    Antara pelajar yang berpeluang mempelajari cara membuat pelbagai jenis kuih bulan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda