Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Festival serlah budaya Nomad Kyrgyz

    CHOLPON-ATA, KYRGYZSTAN – Di sepanjang pesisir paling dalam di dunia, terletak tinggi di atas pergunungan Tian Shan di Kyrgyzstan, peragawati-peragawati berjalan dengan penuh gaya memperagakan busana yang menggabungkan budaya lama dan moden pada festival Fesyen Nomad Dunia.

    Festival itu, kini memasuki tahun ketiganya, mencuri tumpuan pereka fesyen dan tokoh industri fesyen dari kira-kira 20 negara untuk mengunjungi Tasik Issyk-Kul yang berkilauan untuk menyaksikan busana yang memaparkan budaya nomad Kyrgyzstan berusia seribu tahun.

    Kasut tumit tinggi yang dipakai oleh sesetengah model tidak sesuai untuk penduduk nomad biasa, namun beberapa hiasan kepala mereka yang menyerupai tanduk kerbau memperlihatkan kostum tradisional nomad.

    Selain busana anggun yang digayakan, festival juga menawarkan pelawat peluang untuk melihat pelbagai jenis yurt – khemah khas nomad yang diperbuat daripada kulit atau bulu biri-biri dengan rangka kayu – serta pameran permaidani beraneka warna. – AP

    Anggota Tarian Rakyat Rusia mengadakan persembahan semasa Fesyen Nomad Dunia Issyk-Kul 2022 di Cholpon-Ata, bandar utara Tasik Issyk-Kul di Bishkek, Kyrgyzstan. – AP

    Seorang model menggayakan busana daripada koleksi pereka fesyen Indonesia Akeyla Naraya semasa Festival Fesyen Nomad Issyk-Kul 2022. – AP

    Wanita Kyrgyz memakai elecheck, hiasan kepala tradisional Kyrgyz untuk wanita sudah berkahwin di festival Ak-Moor Ethno di Tasik Issyk-Kul. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...