Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Festival Tulip di Istanbul

    ISTANBUL – Pesta Tulip tahunan di Istanbul, bandar terbesar di Turki, menarik perhatian ramai orang ke taman untuk menikmati lautan bunga berwarna-warni yang menampilkan reka bentuk unik disusun oleh ahli botani.

    Kira-kira 7.5 juta bunga daripada 160 spesies berbeza, seperti bunga tulip, daffodils , hyacinths dan muscaris, telah ditanam di taman dan jalanan Istanbul untuk perayaan 2022.

    Taman Emirgan, salah sebuah taman awam terbesar di Istanbul, telah menyerlah sebagai hab utama festival itu di mana ia mempunyai lebih daripada 3.5 juta tumbuhan yang dipamerkan.

    Reka bentuk bunga yang luar biasa di taman, yang terletak di atas bukit sepanjang pantai Eropah di Selat Bosphorus, termasuk tulip gergasi, manik Turki tradisional dan bendera Turki.

    Semasa era Uthmaniyyah dari tahun 1718 hingga 1730, pengeluaran besar-besaran bunga tulip dilihat sebagai simbol kemakmuran empayar. Dalam tempoh yang dikenali sebagai Era Tulip itu juga menyaksikan kemajuan Uthmaniyyah melalui interaksi budaya dan seni yang meluas dengan seluruh dunia, terutamanya orang Eropah.

    Pada tahun 2005, majlis perbandaran Istanbul memulakan inisiatif untuk mengembangkan pengeluaran spesies tulip yang berbeza di Turki, dan melancarkan Festival Tulip yang pertama.

    Bercakap pada majlis perasmian perayaan tahun ini pada baru-baru ini, Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu berkata bunga tulip mempunyai perjalanan luar biasa beribu-ribu tahun dari timur ke barat.

    Arjen Uijterlinde, konsul jeneral Belanda di Istanbul yang turut menyertai majlis itu, berkata penerusan festival itu akan menyumbang kepada interaksi sosial dan antarabangsa budaya kerana ia mengandungi beberapa acara kebudayaan dan seni, seperti bengkel, persembahan dan pertandingan foto. – Xinhua

    Bunga tulip mekar di Taman Emirgan di kawasan Bosphorus di Istanbul. – AFP
    Seorang lelaki mengambil gambar bunga tulip di Taman Emirgan di kawasan Bosphorus di Istanbul. – AFP
    Seorang pengunjung menikmati pemandangan indah bunga tulip di Taman Emirgan. – AFP
    Seekor lebah mengumpul nektar daripada bunga di Taman Emirgan di kawasan Bosphorus di Istanbul. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...