Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival warnai suasana malam di Jinju

    SEOUL – Destinasi pelancongan popular di seluruh Korea Selatan mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan menganjurkan program dan festival malam untuk menghiburkan, terutama bagi mereka yang merancang perjalanan singkat atau percutian hujung minggu bagi melarikan diri daripada panas terik musim panas.

    Jinju, sebuah bandar di wilayah Gyeongsang Selatan, telah menganjurkan Malam Kebudayaan Jinju, berlangsung dari Khamis hingga Sabtu di Jinjuseong bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

    Setiap sudut kawasan tersebut menawarkan pengalaman sejarah dan budaya, termasuk pasar malam, persembahan muzik dan tempat bersiar-siar untuk meluangkan masa berjalan-jalan pada waktu malam.

    Pertunjukan seni media mungkin akan menjadi kemuncak lawatan pengunjung, di mana ia menawarkan penceritaan visual sejarah Jinjuseong serta kisah tokoh sejarah terkenal Jinju, seperti Nongae – seorang wanita zaman Joseon yang membawa seorang jeneral Jepun ke tebing dan melompat bersamanya, sebagai cara memprotes pencerobohan Jepun ke atas Joseon pada 1592.

    Sementara itu, Muju di bahagian utara wilayah Jeolla, yang terkenal sebagai habitat semula jadi untuk kelip-kelip, berusaha untuk mempamerkan persekitaran asli daerah itu dengan festival malam yang popular.

    Gambar ANN/The Korea Herald
    Pesta Kelip-kelip Muju. – ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Taman Tema Gimhae Gaya di Gimhae, bahagian selatan wilayah Gyeongsang. – ANN/The Korea Herald

    Pesta Kelip-kelip Muju edisi ke-28 akan diadakan di Stadium Muju Deungnamu dan sekitarnya dari 31 Ogos hingga 8 September.

    Pengunjung boleh menikmati pelbagai program, daripada meneroka kelip-kelip dan pengalaman melihat bintang, kepada persembahan tradisional, konsert, busking oleh artis tempatan dan banyak lagi.

    Festival itu juga akan menghiburkan pengunjung dengan aksi taekwondo, kelas lukisan eksklusif kanak-kanak dan pesta EDM.

    Pesta Kelip-kelip Muju menjemput pengunjung dari semua peringkat umur dan yuran penyertaan berbeza mengikut program.

    Sementara itu, Taman Tema Gimhae Gaya, sebuah kompleks kebudayaan di Gimhae, bahagian selatan wilayah Gyeongsang, akan dibuka pada waktu malam dari 7 September hingga 29 Disember.

    Taman tema tersebut menampilkan hanok dan bangunan tradisional lain, ingin menjemput pengunjung untuk menikmati gabungan alam semula jadi, budaya dan sejarah kerajaan Gaya purba.

    Selain itu, bukan sahaja Taegeukjeon iaitu bangunan utama taman tema dan istana yang menjadi popular dengan pemasangan lampu pada waktu malam akan tetapi Taman Tema Gimhae Gaya juga merancang untuk mempamerkan pertunjukan lampu dron dengan menampilkan hampir 500 dron dan juga bunga api. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda