Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Fesyen corak kaligrafi serlah kecantikan wanita Arab

    AMMAN – Dengan ayat-ayat daripada puisi cinta dan seni khat, jahitan pereka fesyen yang berpangkalan di Jordan, Hana Sadiq, membuktikan kecantikan wanita Arab.

    Dalam kerjaya yang menjangkau berdekad-dekad lamanya, Sadiq, wanita kelahiran Iraq telah memperagakan hasil ciptaannya di seluruh dunia, tetapi dia masih mengekalkan tradisi tanah airnya.

    Tulisan tangan skrip Arab yang artistik menghiasi corak sulamannya yang moden, dengan puisi atau pun huruf yang berselerak dalam warna-warna terang.

    Beliau menggunakan pelbagai jenis gaya seni khat, daripada Diwani yang berbunga-bunga kepada Thuluth yang melengkung, serta memaparkan bait-bait atau rangkap puisi Arab di sesetengah pakaian ciptaannya termasuk penyajak terkenal Mahmoud Darwish dan Nizar Qabbani.

    “Kaligrafi Arab adalah yang paling cantik,” kata Sadiq, 72, sambil menunjukkan barang kemas kesukaannya dengan untaian manik dipakai di lehernya, anting-anting tergantung dan cincin permata yang unik.

    Salah satu corak yang menggabungkan seni khat Arab dalam tulisan ‘Thuluth’ oleh pereka fesyen Hana Sadiq dipamerkan di kedainya di Amman. – AFP
    Seorang model memperagakan hasil ciptaan Hana Sidiq yang menggabungkan seni khat Arab dalam tulisan ‘Diwani’ di kedainya di Amman. – AFP
    Antara hasil ciptaan yang menggabungkan kaligrafi Arab dalam tulisan ‘Thuluth’ di kedainya di Amman. – AFP
    Pereka fesyen Hana Sidiq bercakap semasa temu bual di kedainya di ibu negara Amman pada 31 Mac 2022. – AFP

    Di bengkel rumahnya di pusat bandar Amman, Sadiq berkata penulisan paling awal lahir beberapa alaf sebelum Masihi di kawasan yang dikenali sebagai Iraq sekarang, mencadangkan ia merupakan satu tempat ‘di mana tanpanya semua peradaban lain tidak akan wujud.’

    Sadiq telah membahagikan masanya di antara Amman dan Paris sejak 1982, memegang kerakyatan Perancis dan Jordan selain Iraq.

    Beliau telah menganjurkan pameran dari Eropah ke Amerika Syarikat serta Timur Tengah, pulang ke tanah air dengan koleksi ekstensif barang perhiasan perak antik, selain ribuan tekstil dan kostum Arab.

    Kaftan ciptaannya, jubah tradisional, memaparkan warna yang terang dan menarik. Mereka mencerminkan pengaruh neneknya yang memakai ‘pakaian tradisional Iraq Hashemite’ dan berjalan dengan ‘penuh anggun seperti burung merak.’

    Pakaian tradisional itu diperbuat daripada fabrik amat nipis dengan lengan lebar dan bahagian tepi jarang, dihiasi dengan hiasan bunga-bunga yang cantik, emas ataupun perak, berdasarkan latar hitam. Gubahan corak sedemikian menjadi pilihan wanita Iraq pada tahun 1950 dan 1960.

    Sadiq berkongsi minatnya dalam fesyen bermula sejak dari masa kanak-kanak lagi, ketika beliau mengunjungi kedai tekstil milik datuknya di Baghdad.

    Seterusnya beliau mereka bentuk pakaian untuk selebriti dan kerabat diraja, termasuk Permaisuri Rania dan Permaisuri Noor.

    Namun sesiapa sahaja pelanggannya, kerjanya telah didorong oleh kebanggaan dalam sifat kewanitaan wanita Arab.

    Tidak seperti fesyen Barat yang lebih mencolok mata, hasil ciptaannya menutup tubuh badan wanita, ‘namun menonjol ciri-ciri kewanitaan yang unggul,’ ujar Sadiq, yang juga penulis sebuah buku bertajuk ‘Kostum dan Barang Kemas Arab, Warisan tanpa Batasan.’

    Beliau berkata pakaian Barat tidak sesuai dengan susuk badan wanita Arab tetapi fesyen berkenaan telah tersebar ke rantau itu. “Malangnya ia adalah akibat globalisasi,” katanya.

    “Apa yang penting bagi saya, dalam kesemua kerja seni saya, adalah wanita tetap wanita dan lelaki tertarik kepadanya sebagai seorang wanita,” tambahnya. “Bermaksud apabila seorang wanita melalui di depannya, dia mesti perasan dan melihat betapa cantiknya wanita itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...