Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fezrul Khan sudah setahun tidak ambil gula putih

    Bimbang ramai dalam kalangan kenalannya menghidap penyakit diabetes, timbul rasa risau dalam diri pelakon Fezrul Khan akan mengikut jejak langkah mereka.

    Disebabkan itu kata Fezrul atau Fezrul Khan Junaidi, 42, sudah hampir setahun dia tidak mengambil gula putih atau makanan manis sebagai salah satu usaha mengelak terkena penyakit berkenaan.

    “Sudah lebih kurang setahun saya tidak ambil gula putih dan menggantikan dengan madu dalam diet.

    “Ramai kawan-kawan saya menderita kencing manis. Ada yang sampai terpaksa cucuk insulin selepas makan.

    “Jadi saya cari solusi bagaimana nak elak terkena penyakit tersebut,” katanya kepada mStar.

    Fezrul menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan. – mStar

    Dalam pada itu, Fezrul memberitahu sejak dahulu lagi dia memang mementingkan penjagaan diri termasuk diet seharian.

    Kata Fezrul, dia tidak mengambil minuman bergula atau berkarbonat dah hanya menikmati dalam kuantiti sedikit jika teringin juadah manis.

    “Senang cerita jangan ambil gula! Kalau saya teringin nak makan manis seperti kek, saya akan ambil ketika cheat day seminggu sekali…Itu pun dalam kuantiti sedikit,” ujarnya.

    Pelakon drama Polis Peronda itu bagaimanapun mengakui sebagai aktor, dia perlu terbuka menukar penampilan diri demi memenuhi tuntutan watak diberikan produksi.

    Cerita Fezrul, berat badannya pernah mencecah sehingga 90 kilogram semata-mata untuk menjayakan watak.

    Fezrul turut mengingatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti seperti bersenam kerana dengan hanya menjaga pemakanan tidak menjamin berat badan dapat dikurangkan dengan mudah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda