Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    FFF tolak rayuan Mbappe

    PARIS, 25 Sept – Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe terlepas satu lagi saingan bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas rayuannya ditolak berhubung penggantungan tiga perlawanan, semalam.

    Mbappe, 19, dihukum gantung kerana menolak Teji Savanier ketika meraikan kemenangan 4-2 di Nimes, awal bulan ini.

    Savanier turut dihukum gantung empat perlawanan berikutan penglibatannya dalam insiden itu, susulan rayuan yang dibuat oleh kedua-dua pemain berkenaan, menurut pengumuman yang dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).

    Mbappe dinamakan sebagai pemain terbaik untuk memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or bulan ini berikutan prestasi terbaiknya untuk Les Bleus pada Piala Dunia di Rusia yang lalu.

    Mbappe ketika tiba di ibu pejabat FFF bagi mendengar rayuannya di hadapan jawatankuasa disiplin FFF di Paris pada 20 September lalu. – AFP

    Dia telah membantu kemenangan PSG 4-0 ke atas Saint Etienne dan menentang Rennes 3-1 pada hujung minggu lalu untuk mengukuhkan pendahuluan mereka di persada Ligue 1.

    Namun, Mbappe akan terlepas saingan PSG menentang Reims di gelanggang sendiri, esok dan akan kembali ketika berkunjung ke Nice, Sabtu ini.

    Dia beraksi dengan baik malah menjaringkan gol ketika PSG tewas di tangan Liverpool dalam saingan Liga Juara-juara, Selasa lalu, di mana penggantungan itu tidak akan menjejaskan saingan bola sepak Eropah.

    Sementara itu, PSG memiliki kelebihan lima mata di depan Lille di tangga kedua selepas enam perlawanan, musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda