Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    FFM 32 adili filem 18 negara

    Dengan sasaran tajaan bernilai hampir RM1 juta, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32, Disember ini dijangka lebih gah dengan penyertaan 18 negara yang menghantar karya bersaing dalam kategori baharu, Filem Antarabangsa Terbaik pada acara anugerah berprestij itu.

    Penyertaan karya asing dalam kategori baharu itu memberi nilai tambah kepada FFM 32 yang mendapat sentuhan antarabangsa bagi membuktikan keupayaan dan kehebatan pembikin filem tempatan.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, berkata pihaknya memperuntukkan bajet besar agar FFM 32 yang bakal berlangsung di Teater Encore, Melaka pada 2 Disember ini, dijayakan dengan sempurna.

    “Kita sasar nilai tajaan kira-kira RM1 juta bagi FFM 32. Setakat ini, sambutan diterima dalam aspek tajaan cukup menggalakkan.

    “Kebetulan, FINAS juga ada masa untuk mencari penaja acara ini.

    Md Nasir memegang trofi FFM 32 sambil diperhatikan Pengarah Pemasaran FINAS, Muhammad Ar-Riyyan. – Agensi

    “Kita mahu FFM kali ini gah kerana acara anugerah ini akan menyambut kehadiran delegasi antarabangsa seperti dari Indonesia, India, Pakistan dan Thailand.

    “Kita mahu delegasi asing lihat acara perfileman kita tidak kurang hebatnya, apatah lagi dianjurkan sejak 1980.

    “Selain itu, ini juga salah satu cara untuk menarik minat negeri lain menjadi hos FFM pada masa akan datang,” katanya kepada BH Online.

    Ogos lalu, FINAS mengumumkan edisi ke-32 FFM akan dianjurkan di Teater Encore, Melaka pada 2 Disember ini.

    FFM 32 bakal mempertaruhkan 22 kategori, termasuk dua kategori baharu iaitu Filem Pendek Terbaik dan Filem Antarabangsa Terbaik.

    Selain itu, FINAS menambah pengiktirafan atas sumbangan anak seni dengan memperkenalkan Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman pada edisi kali ini.

    Sebelum ini, FFM memberi penghormatan kepada bintang legenda menerusi Anugerah Seniman Sepanjang Zaman.

    Md Nasir berkata, penyertaan filem asing dalam kategori baharu dianggap langkah pertama sebelum negara sedia menganjurkan Festival Filem Antarabangsa. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...