Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fiat jual unit alat ganti kepada CK Jepun

    MILAN, 22 Okt – Fiat Chrsyler berkata hari ini ia sedang menjual unit alat ganti kereta Itali Magneti Marelli kepada Calsonic Kansei (CK) dari Jepun dalam satu perjanjian bernilai 6.2 bilion euro.

    Ia berkata syarikat yang bergabung itu akan termasuk dalam senarai 10 pembekal alat ganti kereta teratas dunia dengan jualan tahunan berjumlah 15.2 bilion euro. Terdapat perjanjian bekalan beberapa tahun dengan Fiat Chrysler.

    Perjanjian ini akan menekankan “komitmen entiti bergabung untuk mengekalkan operasi Magnetti Marelli di Itali dan mengekal rangka tindakan industri dan tahap pekerjaan,” kata satu kenyataan bersama.

    Perjanjian harus dimeterai pada separuh tahun pertama 2019, tambahnya.

    CK dikawal oleh firma pelaburan AS KKR. Fiat Chrysler berkata pada awal tahun ini bahawa ia merancang memisahkan unit alat ganti keretanya sendiri.

    Mike Manley, ketua baru Fiat Chrysler, berkata perjanjian itu akan merangsang pertumbuhan di Magneti Marelli yang akan kekal sebagai salah satu rakan perniagaan paling penting kumpulan.

    Kesatuan mengalu-alukan perjanjian itu. “Ia adalah satu peluang yang hebat untuk pertumbuhan,” kata Marco Bentivogli daripada Fim-Cisl.

    “Jaminan semua pekerjaan sekarang di negara kami adalah penting,” tambah beliau.

    Magneti Marelli, ditubuhkan pada 1919, menggaji kira-kira 43,000 orang dan beroperasi di 21 buah negara. Jualan pada tahun lalu mencecah 8.2 bilion euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda