FIFA batal perjumpaan dengan CONMEBOL

LUQUE, 20 FEB – Presiden badan bola sepak Selatan Amerika CONMEBOL meluahkan rasa terkejut atas tindakan FIFA membatalkan perjumpaan dengan badan tersebut di Paraguay bulan hadapan.

Alejandro Dominguez berkata di ibu pejabat CONMEBOL rabu lalu bahawa beliau terkejut dengan alasan yang diberikan oleh FIFA, iaitu kebimbangan perjalanan jarak jauh di tengah-tengah krisis virus di China, kos yang tinggi dan isu alam sekitar.

Keputusan memindahkan perjumpaan tersebut dari Asuncion kembali semula ke Zurich pada 20 Mac ini dibuat dalam masa yang singkat setelah membaharui perjanjian antara entiti Amerika Selatan dan rakan mereka di Eropah, UEFA, di mana kedua-duanya mengkritik format FIFA pasukan piala dunia.

“Saya mesti memberitahu anda bahawa keputusan untuk mengantungkan perjumpaan di Asuncion oleh badan FIFA membuatkan saya terkejut,” Dominguez berkata. “Alasan yang mereka beri menarik perhatian kami. Tetapi ini sesuatu yang FIFA mesti jelaskan.”

CONMEBOL dan FIFA baru-baru ini mula membincangkan dengan mengembalikan perlawanan Piala Antara Benua, yang mana selalu diadakan sehingga tahun 2004 di antara pemenang Copa Libertadores dan Liga Juara-Juara. Akan tetapi perbalahan dengan rancangan FIFA untuk mengadakan pasukan piala dunia menjadi 24 pasukan bermula tahun 2021, dengan negara China akan menjadi hos. Dominguez turut membincangkan kemungkinan dua negara dari Amerika Selatan untuk membida menjadi tuan rumah piala dunia 2030, Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile akan menjadi hos bersama kejohanan tersebut. – AP