Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    FIFA benar senaraikan 26 pemain di Piala Dunia

    PARIS, 24 JUN – FIFA akan membenarkan negara-negara yang bertanding untuk menyenaraikan 26 pemain bagi kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar, menambah jumlah pemain secara maksimum kepada tiga pemain dalam skuad untuk kejohanan yang bakal berlangsung pada 21 November hingga 18 Disember ini.

    “Jumlah pemain yang dimasukkan dalam senarai akhir telah ditambah sekurang-kurangnya 23 pemain dan dengan maksimum 26 pemain,” menurut kenyataan FIFA.

    Badan jawatankuasa bola sepak dunia berkata keputusan untuk menambah jumlah pemain dalam skuad bertujuan memberi kemudahan dalam pertandingan tahun ini, berikutan dengan musim kejohanan kelab Eropah juga diadakan.

    FIFA juga mempertimbangkan isu-isu yang membabitkan wabak COVID pada skuad yang bertanding sebelum dan semasa perlawanan.

    Sementara itu, UEFA juga menggunakan perubahan yang sama untuk Euro 2020 pada tahun lalu, selepas menerima beberapa permintaan dari-pada jurulatih-jurulatih yang khuatir mengenai pemain mereka terlepas menyertai aksi kejohanan disebabkan koronavirus.

    Pasukan-pasukan kebangsaan telah menyenaraikan 23 pemain mereka untuk menyertai Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

    Sebelum itu, hanya seramai 22 pemain dibenarkan dalam setiap skuad di kejohanan antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...