Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    FIFA benarkan perlawanan semula Brazil, Argentina

    PARIS, 10 MEI – FIFA kelmarin mengesahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 yang dihentikan antara Brazil dan Argentina akan dilangsungkan semula, selepas menolak rayuan daripada kedua-dua persekutuan kebangsaan itu.

    Pada 5 September lalu, pegawai kesihatan Brazil menyerbu ke padang tujuh minit selepas pertembungan antara gergasi Amerika Selatan di Sao Paulo, menghentikan perlawanan dan mencetuskan huru-hara yang melibatkan pegawai dan pemain kedua belah pasukan.

    Menurut Agensi Pengawasan Kesihatan Kebangsaan Brazil (ANVISA), empat pemain Argentina yang berpangkalan di kelab Inggeris pada masa itu sepatutnya diletakkan dalam ‘kuarantin segera’ kerana melanggar protokol COVID.

    FIFA kemudian mengarahkan perlawanan semula pada Februari lalu dan menggantung Cristian Romero dan kemudian rakan kelab Giovani Lo Celso dari Tottenham, serta Emiliano Martinez dan Emiliano Buendia dari Aston Villa daripada bermain untuk dua perlawanan.

    Badan induk bola sepak dunia juga menjatuhkan beberapa siri denda kepada dua persekutuan bola sepak kebangsaan tersebut, menyebabkan kedua-duanya membuat rayuan.

    Jawatankuasa tatatertib FIFA mengekalkan denda 50,000 franc Swiss (AS$50,342) yang dikenakan ke atas kedua-dua pasukan akibat pengabaian protokol terbabit.

    Walau bagaimanapun, FIFA mengurangkan denda berasingan 500,000 franc Swiss yang diberikan kepada FA Brazil kepada 250,000 franc Swiss, dan mengurangkan separuh denda awal Argentina FA sebanyak 200,000 franc Swiss.

    Persatuan bola sepak Argentina berkata mereka akan merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan terhadap denda kedua dan keputusan untuk bermain semula perlawanan itu.

    Brazil dan Argentina pula telah layak ke Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini. – AFP

    Keadaan huru-hara di padang semasa pertembungan Brazil dan Argentina pada 5 September lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...