Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    FIFA denda Croatia

    BERLIN, 8 DIS – Croatia didenda Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara tindakan penyokongnya mempersendakan penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar, baru-baru ini.

    Dilahirkan di Knin di Croatia, Borjan ialah etnik Serb yang melarikan diri ke Belgrade pada 1995 semasa ‘Operation Storm’ – perjuangan Croatia dalam perang kemerdekaannya.

    Borjan kemudian berpindah ke Kanada dan mewakili negara itu di peringkat antarabangsa, walaupun menghabiskan sebahagian besar kariernya di kelab Serbia, menurut DPA. Borjan menyifatkan tindakan penyokong Croatia itu sebagai ‘primitif’ dan FIFA mengumumkan pihaknya akan memulakan siasatan.

    FIFA kemudian memutuskan mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Croatia sebanyak 50,000 franc Swiss. 

    Pada perlawanan itu, Croatia menang 4-1 ke atas Kanada. – Bernama

    FIFA mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Croatia sebanyak 50,000 franc Swiss. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...