FIFA denda PSSI AS$45,000

KUALA LUMPUR, 9 OKT – Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mendenda badan induk itu sebanyak AS$45,000 susulan kekecohan yang ditimbulkan penyokong Indonesia pada aksi pertama Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lepas.

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria berkata, PSSI akan membayar denda tersebut, sambil mendedahkan badan induk itu akan menilai semula prosedur keselamatan di venue berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang. – Bernama

Gambar fail 5 September 2019 menunjukkan anggota polis menahan seorang penyokong Indonesia yang cuba membuat kekecohan semasa kelayakan Piala Dunia menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno. – AFP