Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA intai revolusi bola sepak di India

    NEW DELHI, 9 Mac – Seorang pegawai tertinggi FIFA percaya penganjuran Piala Dunia Bawah-17 Tahun mempunyai potensi mencetuskan revolusi bola sepak di India dan menjuruskan kepada perubahan berkekalan dalam permainan global.

    Sebelum kejohanan berlangsung Oktober ini, satu program yang dipanggil Misi XI Juta disasarkan untuk melibatkan jutaan kanak-kanak di seluruh negara mencuba ‘permainan cantik’.

    “Kami sedang melakukan lebih daripada sekadar acara. Kami di sini untuk mengubah bola sepak di India, membawa revolusi untuk bola sepak di India,” pengarah kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA, Javier Ceppi memberitahu wartawan.

    “Projek ini mempunyai objektif untuk mendekati 11 juta kanak-kanak menjelang Piala Dunia,” lelaki Chile itu menjelaskan dalam satu temu bual di New Delhi pada Rabu.

    Skim yang akan merangkumi sesi bimbingan itu akan pergi ke 15,000 buah sekolah di seluruh 36 bandar di negara gila kriket itu untuk memupuk cinta bola sepak yang akan diwariskan kepada generasi akan datang.

    Cara itu menurut beliau akan membolehkan Piala Dunia B-17 menjadi sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan legasi bola sepak yang berkekalan di India.

    “Jika kita berjaya melakukannya dengan betul, ia mempunyai potensi untuk mengubah bola sepak di India. Jika berjaya, ia pasti merubah bola sepak di dunia,” kata Ceppi.

    Walaupun hampir separuh daripada lebih 1.2 bilion penduduk India berusia di bawah 25 tahun, bola sepak masih berusaha untuk menembusi gergasi Asia itu di mana kriket menguasai padang.

    Liga kebangsaan India Liga-I yang hanya popular di beberapa tempat ketika penubuhan Liga Super India (ISL) tiga tahun lepas dalam satu pertandingan francais bersama Liga Perdana kriket India, telah gagal meningkatkan standard bola sepak.

    Walaupun ISL telah menyaksikan kehadiran besar, terutamanya disebabkan oleh bilangan pemain asing, pasukan kebangsaan terus tersembunyi di lesu.

    India kini menduduki ranking ke-130 FIFA, tersepit antara pasukan kerdil Suriname dan Republik Dominican dengan hanya sedikit tanda-tanda peningkatan.

    Walau bagaimanapun, Ceppi masih yakin India yang pertama kali menjadi tuan rumah pertandingan boleh membantu menulis semula skrip bola sepak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda