FIFA jangka kerugian AS$120 juta

GENEVA, 19 OGOS – FIFA meramalkan pandemik akan menyebabkan kerugian sebanyak AS$120 juta dalam pelan pendapatan menerusi peruntukan Piala Dunia 2022 empat tahun yang telah dikaji semula dan telah diterbitkan kelmarin.

Pemotongan perbelanjaan juga turut dijangka untuk membantu mengimbangi kerugian AS$200 juta disebabkan tidak dapat melangsungkan perlawanan Kelab Piala Dunia pada Jun 2021, apabila Eropah dan Amerika Selatan telah menunda kejohanan benua.

Namun, FIFA berkata kebanyakan perjanjian penyiaran dan penaja Piala Dunia sudah ditandatangani dan mesti menyimpan jumlah keuntungan yang sama dalam putaran kewangan 2019-2022, walaupun penurunan pendapatan sebanyak AS$6.44 bilion.

“Keputusan projek sebelum cukai dan keputusan kewangan sebanyak AS$100 juta boleh disahkan, meskipun kesan dari pandemik ke atas jadual perlawanan dan ekonomi global,” menurut badan bola sepak dunia dalam laporan kewangan 2019.

FIFA telah memberikan geran tambahan sebanyak AS$328 juta dari dana kecemasan untuk meringankan beban badan bola sepak akibat krisis pandemik. Lebih banyak pinjaman akan diberikan.

Kesan mengejutkan adalah bahawa FIFA meramalkan simpanan tidak kurang dari AS$1.6 bilion setelah Piala Dunia di Qatar selesai pada Disember 2022. Peruntukan asal adalah sebanyak AS$1.9 bilion apabila bajet selama empat tahun dipersetujui pada 2018. – AP