PARIS, 14 JAN – Nilai perpindahan pemain bola sepak di seluruh dunia pada 2021 telah mencecah ke paras terendah sepanjang lima tahun setelah pandemik koronavirus menjejaskan kewangan kelab-kelab untuk tahun kedua, menurut Laporan Pindahan Sedunia FIFA.
Perbelanjaan dalam yuran perpindahan adalah sebanyak AS$4.86 bilion, kemerosotan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2020 dan penurunan sebanyak 33.8 peratus jika dibandingkan dengan tahap rekod pada 2019.
Sementara nilai perpindahan terbesar pada tahun 2021, ialah Romelu Lukaku yang bernilai AS$133.7 juta apabila berpindah ke Inter Milan dari Chelsea, keseluruhan perbelanjaan pindahan jatuh walaupun jumlah transaksi meningkat.
Sejumlah 18,068 perpindahan telah dipohonkan, berbanding dengan 17,190 pada tahun 2020, peningkatan sebanyak lima peratus.
Perpindahan 10 teratas sahaja telah menghasilkan hampir 15 peratus daripada jumpa perbelanjaan sementara perpindahan majoriti besar sekitar 88 peratus, termasuk dengan perpindahan percuma, menunjukkan kelab yang kekurangan dana sedang mencari tawaran. – AFP