Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA sedia bantu perangi COVID-19

    PARIS, 17 MAC – Presiden FIFA, Gianni Infantino mendesak pihak berkuasa untuk menggunakan ‘kuasa bola sepak’ untuk menguatkan mesej penting dalam memerangi koronavirus (COVID-19), menjanjikan inisiatif bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    “Saya sangat mengesyorkan anda pada peringkat ini menggunakan kuasa bolasepak untuk menyebarkan mesej utama ini,” menurut Infantino dalam satu kenyataan kepada ahli FIFA dan pihak berkepentingan.

    “Paling penting, pihak berkuasa bolasepak mesti mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penularan virus tersebut kepada komuniti,” katanya.

    “Dengan kerjasama WHO, kami melancarkan inisiatif memberi kesedaran yang direka untuk memberi cadangan praktikal dan langkah untuk menangani penyebaran COVID-19.”

    Infantino juga mencadangkan bolasepak dapat memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memulihkan diri dari masalah pandemik itu.

    COVID-19 telah menjangkiti lebih daripada 175,000 orang di seluruh dunia sejak ia mula-mula dikenal pasti di China pada akhir Disember lalu dan telah mengorbankan 7,000 jiwa, menurut AFP.

    “Sukan secara umum dan bolasepak, khususnya, boleh dan saya percaya akan memainkan peranan penting dalam membantu dunia kita sembuh sebaik mungkin, lebih cepat, kembali kepada normal,” tambahnya.

    UEFA akan mengadakan pertemuan krisis hari ini untuk menentukan sama ada menangguhkan Euro 2020, yang akan diadakan buat pertama kali di bandar-bandar berbeza di benua dari 12 Jun hingga 12 Julai.

    Liga utama Eropah telah menggantung perlawanan berikutan wabak virus itu. – AFP

    Infantino menggesa FIFA untuk sama-sama memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memerangi pandemik COVID-19. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda