FIFA sokong penangguhan Sukan Olimpik 2020

ZURICH, 25 MAC – Badan Bolasepak Dunia (FIFA) mengalu-alukan keputusan Jepun untuk menangguhkan Olimpik Tokyo 2020 di tengah-tengah krisis pandemik COVID-19.

“FIFA yakin bahawa kesihatan dan kesejahteraan semua yang terlibat dalam aktiviti sukan harus menjadi keutamaan berbanding dengan penganjuran sukan itu dan oleh itu kami mengalu-alukan keputusan yang telah diputuskan IOC hari ini,” kata kenyataan FIFA.

Memetik keperluan untuk menjaga kesihatan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan kenyataan bersama dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menangguhkan Sukan Olimpik sehingga tahun depan.

“Keputusan IOC, FIFA akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menangani semua perkara utama yang berkaitan dengan penjadualan semula ini,” kata kenyataan itu. – AFP