Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    FIFA tarik balik penggantungan Pakistan

    ZURICH, 1 JULAI – Persekutuan Persatuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) berkata kelmarin ia telah menarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) yang dikenakan atas sebab ‘campur tangan pihak ketiga yang tidak wajar’.

    Pakistan digantung pada April 2021 selepas pertikaian mengenai ‘jawatankuasa normalisasi’ yang dikenakan oleh FIFA untuk memastikan peraturannya dipatuhi.

    FIFA juga enggan mengiktiraf pemilihan 2018 bagi Ashfaq Hussain Shah sebagai presiden PFF.

    FIFA menggantungkan Pakistan selepas Hussain Shah membuang jawatankuasa normalisasi dari ibu pejabat PFF.

    Penggantungan itu telah ditarik balik oleh Biro Majlis FIFA pada Rabu lalu.

    “Keputusan tersebut diambil selepas FIFA menerima pengesahan bahawa jawatankuasa normalisasi PFF telah mendapat semula kawalan penuh ke atas premis PFF dan berada dalam kedudukan untuk menguruskan kewangannya,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

    Ia turut memberi amaran bahawa Pakistan boleh digantung sekali lagi akibat daripada ‘sebarang campur tangan yang tidak wajar dalam hal ehwal atau tindakannya yang boleh menghalang pemenuhan mandat jawatankuasa normalisasi’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...