Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    FIFA, UEFA singkir Rusia dari Piala Dunia

    PARIS, 1 MAC – FIFA dan UEFA hari ini memutuskan untuk menyingkirkan Rusia daripada Piala Dunia dan digantung daripada semua pertandingan antarabangsa sehingga diberitahu kelak.

    Badan induk bola sepak Eropah turut mengumumkan pembatalan kerjasama dengan syarikat gergasi Rusia, Gazprom.

    Pasukan kebangsaan Rusia sepatutnya beraksi perlawanan play-off Piala Dunia Mac ini dengan pasukan wanita mereka sudah pun melayakkan diri beraksi di Kejohanan Eropah di England pada Julai.

    “FIFA dan UEFA memutuskan bersama-sama bahawa semua pasukan Rusia sama ada wakil kebangsaan atau kelab akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pertandingan FIFA dan UEFA sehingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan bersama itu.

    Poland, Sweden dan Republik Czech sebelum ini menolak untuk beraksi menentang Rusia dalam perlawanan play-off.

    FIFA sebelum ini membenarkan Rusia beraksi di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Rusia dan bermain perlawanan di tempat sendiri di wilayah neutral secara tertutup dan bendera dan lagu kebangsaan Rusia diharamkan.

    Tetapi langkah itu ditolak sebagai ‘tidak boleh diterima sama sekali’ oleh presiden FA Poland, Cezary Kulesza, yang menambah bahawa Poland tidak akan bermain play-off Piala Dunia menentang Rusia, ‘tidak kira apa nama pasukan itu.’

    “Presiden Gianni Infantino dan Aleksander Ceferin berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik agar bola sepak sekali lagi boleh menjadi elemen perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat,” tambah kenyataan semasa mengumumkan keputusan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...