Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa

GENEVA, 15 MAC – Majlis FIFA kelmarin meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Menurut kalendar perlawanan antarabangsa lelaki 2025-2030, empat perlawanan akan berlangsung selama 16 hari pada akhir September dan awal Oktober 2026 serta dua perlawanan setiap satu selama sembilan hari pada Mac, Jun dan November.

Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung pada 19 Julai 2026, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis FIFA yang bermesyuarat sebelum Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda, menerima pakai beberapa keputusan penting, khususnya berkaitan masa depan pertandingan lelaki dan wanita.

Majlis itu sebulat suara meluluskan perubahan format untuk Piala Dunia FIFA 2026 iaitu daripada 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu kepada 12 kumpulan empat pasukan, dengan dua pasukan teratas dan lapan pasukan terbaik tempat ketiga mara ke pusingan 32.

Kalendar perlawanan antarabangsa wanita 2024-2025 pula membabitkan enam perlawanan antarabangsa setiap tahun. Kejohanan bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 10 Ogos. – Bernama/Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -