FIGC tetapkan 20 ogos tarikh penutup Serie A

MILAN, 21 MEI – Persatuan Bola sepak Itali (FIGC) kelmarin menetapkan tarikh 20 Ogos sebagai tarikh penutup Serie A dengan kemungkinan perlawanan play-off sekiranya berlaku penangguhan lain kerana wabak koronavirus.

Mesyuarat Majlis Persekutuan FIGC menekankan keinginan untuk menyambung semula aksi bola sepak utama tetapi mengesahkan kesemua kejohanan amatur telah dihentikan.

“FIGC meluahkan keinginan mereka untuk menyambung dan menghabiskan kejohanan profesional kebangsaan dengan menetapkan tarikh tutup terakhir kejohanan Serie A, B dan C hingga 20 Ogos,” menurut FIGC dalam kenyataan.

Tarikh permulaan musim hadapan akan bermula pada 1 September.

Musim Itali telah digantungkan sejak 9 Mac di tengah-tengah pandemik yang telah mengorbankan lebih daripada 32,000 orang di negara itu. Hujung musim sudah dipindah dari 30 Jun kepada 2 Ogos.

Kelab-kelab bola sepak Selasa lalu telah diberi kebenaran oleh kerajaan Itali untuk menyambung semula latihan secara berpasukan, tetapi kejohanan kekal digantung sehingga pertengahan bulan Jun.

Menteri Sukan, Vicenzo Spadafora berkata bahawa keputusan akan dibuat pada 28 Mei sama ada musim boleh disambung semula selepas perjumpaan dengan ketua-ketua bola sepak.

Kelmarin, FIGC berkata bahawa mereka akan memutuskan sebelum kejohanan diteruskan dengan menetapkan peraturan jika berlakunya penangguhan baharu.

Persatuan membayangkan ‘fasa ringkas playoff dan playout untuk menentukan keputusan kejohanan’.

Jika musim ini dihentikan, sistem akan dirancang ‘yang dalam semua hal akan mengatur penyingkiran dan kenaikan divisyen.’

FIGC, walau bagaimanapun, memerlukan masa di liga amatur, termasuk kejohanan wanita sehingga Serie B.

Keputusan Serie A akan diputuskan ‘dalam masa beberapa hari akan datang’. – AFP