Fiji buka semula sempadan bagi pelancong asing

SUVA, FIJI, 20 SEPT – Fiji merancang untuk membuka semula negaranya kepada pelancong antarabangsa menjelang November ini, berhasrat untuk membina semula ekonomi yang terjejas oleh pandemik di samping memerangi penularan wabak varian Delta.

“Matlamat kami adalah untuk membebaskan negara kami dan ekonomi kami daripada kemusnahan disebabkan pandemik,” kata Perdana Menteri Frank Bainimarama dalam satu kenyataan minggu lalu.

Hanya 80 peratus penduduk Fiji yang layak telah divaksinasi, ia akan menawarkan perjalanan bebas kuarantin kepada para pelancong dari lokasi ‘senarai hijau’.

Daripada penduduk Fiji yang layak itu, 66 peratus kini sudah lengkap divaksin dan Bainimarama meramalkan sasaran negara itu akan dipenuhi menjelang 1 November.

Senarai hijau Fiji termasuk Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Korea, Singapura dan sebahagian Amerika Syarikat. Pelancong dikehendaki untuk divaksin sepenuhnya dan diuji negatif COVID-19 sebelum berlepas. – AFP

Gambar fail 20 November 2019 menunjukkan pelancong menikmati suasana di pantai di pulau peranginan Teluk Natadola di Fiji. – AFP