Fiji ketatkan sekatan

SUVA, 22 JUN – Fiji mempertingkatkan lagi sekatan bagi mengekang penularan COVID-19 ketika ia menyaksikan jumlah kes dan kematian bertambah.

Fiji merekodkan 126 kes baharu hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 2,090 dan kes sembuh 532 orang, manakala kematian tujuh orang, menurut kementerian kesihatannya.

Setiausaha Tetap Kesihatan, James Fong mengatakan terdapat 1,542 kes aktif yang kini dalam pengasingan mandatori.

Fiji berdepan penularan teruk sejak April tahun ini dan negara itu sudah pun melaksanakan lebih banyak sekatan bagi mengekang penularan komuniti.

Pasukan Polis dan Tentera Republik Fiji (RFMF) turut melakukan sekatan jalan di Qauia ketika kawasan itu dikenakan perintah berkurung bermula hari ini, selepas melaporkan jangkitan tempatan.

Menurut kementerian kesihatan, ia dilakukan bagi mengesan kontak COVID-19 dan sejarah perjalanan mereka yang berpotensi dijangkiti. – Xinhua