Filem pecah panggung di China merosot

BEIJING, 3 Jan – Pertumbuhan filem pecah panggung China yang pernah diselar, menjunam dalam tahun 2016, data rasmi menunjukkan ketika pemotongan filem dan pengurangan subsidi mengakibatkan kelembapan mendadak dalam pasaran filem kedua terbesar di dunia itu.

Hasil tiket meningkat 3.7 peratus dari tahun sebelumnya kepada 45.7 bilion yuan dalam tahun 2016, kelembapan dramatik dari perkembangan 48 peratus tahun 2015, menurut data rasmi Pentadbiran Media, Penerbitan, Radio,Filem dan Televisyen Kerajaan China (SAPPRFT).

Hollywood berhasrat menumpu pada pasaran filem China yang berpotensi menguntungkan, meskipun kemasukan filem-filemnya diketatkan.

Tetapi dengan matawang yuan China melemah berbanding dolar dalam tempoh tahun lalu, prestasi menyeluruh malah lebih teruk dari segi dolar, jatuh dari AS$6.8 bilion kepada AS$6.6 bilion. Keseluruhan bilangan orang China yang menonton wayang meningkat 8.9 peratus dan hasil dari filem antarabangsa meningkat 10.9 peratus, menurut SAPPRFT.

Sementara ia masih tumbuh lebih pantas dari pasaran matang seperti AS, China mengecewakan ramalan bahawa ia mungkin menjadi pasaran filem terbesar di dunia seawal-awalnya 2017.

Seorang wanita berjalan melepasi papan iklan terkini Harry Potter di Shanghai kelmarin. Pertumbuhan box-office China yang pernah diselar menjunam dalam tahun 2016, data rasmi menunjukkan ketika pemotongan filem dan pengurangan subsidi mengakibatkan kelembapan mendadak dalam pasaran filem kedua terbesar di dunia itu. – AFP
Seorang wanita berjalan melepasi papan iklan terkini Harry Potter di Shanghai kelmarin. Pertumbuhan box-office China yang pernah diselar menjunam dalam tahun 2016, data rasmi menunjukkan ketika pemotongan filem dan pengurangan subsidi mengakibatkan kelembapan mendadak dalam pasaran filem kedua terbesar di dunia itu. – AFP

“Sekurang-kurangnya filem pecah panggung tahun ini bukan kosong atau pertumbuhan negatif akhirnya,” satu komentar dimasukkan ke laman sesawang salah satu divisyen SAPPRFT.

Para penganalisis mengatakan kelembapan itu berpunca dari pemotongan teruk filem domestik, penamatan subsidi tiket yang mengembangkan pertumbuhan, dan tindakan ke atas penipuan filem pecah panggung.

Ketidakpastian meluas menyelubungi gambaran ekonomi China juga mungkin membebani kesediaan para pengguna berbelanja untuk menonton wayang.

Bagaimanapun, pembinaan pawagam tahun lalu dengan 1,612 buah pawagam di bina di China untuk menjadikan jumlah skrin kepada 41,179, lebih dari mana-mana negara di dunia, menurut SAPPRFT. – AFP