Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Filem pendek sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

    KUALA LUMPUR, 1 SEPT – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Maxis mengeluarkan sebuah filem pendek bertajuk Seiring & Seazam yang memaparkan tentang penyatuan generasi berlainan dalam membina negara yang hebat.

    Maxis dalam kenyataan hari ini memaklumkan filem itu menampilkan pelakon tempatan Aziz M. Osman dan Iskandar Syahidan yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube.

    Sementara itu, dalam perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam, Maxis memaparkan maskot tular Fiber Maxis bersaiz jumbo, Dinocorn yang mengiringi empat trak utiliti Maxis fiber, membawa kegembiraan kepada orang ramai yang menonton.

    Sebanyak 108 ahli skuad Maxis dalam perarakan itu menonjolkan tema hijau dan membawa belon besar mencerminkan komitmen syarikat telekomunikasi itu kepada Malaysia, pelanggan dan komuniti.

    “Cerminan itu menunjukkan sokongan untuk agenda digital negara, membawa nilai yang menarik kepada semua segmen dengan tumpuan pada kemampuan dan penggunaan (Maxis 5G) dan menyediakan akses percuma pendidikan digital pelajar (eKelas),” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...