Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Filem RINA2 dilancar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Filem RINA2, susulan filem ‘Ada Apa Dengan Rina’ yang diterbitkan pada tahun 2013, telah dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Times Cineplex, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran filem terbitan Regalblue Production itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Pengurus Syarikat Regalblue Production, Dayang Nurain Abdullah, dalam ucapannya menjelaskan filem pertamanya, ‘Ada Apa Dengan Rina’ yang menjadi pencetus industri perfileman di negara ini telah diundang menyertai 17 festival filem antarabangsa termasuk festival filem di Korea, Jedah, Switzerland, Itali dan negara-negara ASEAN.

“Antara objektif penerbitan filem ‘Ada Apa Dengan Rina’ adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjadikan industri kreatif sebagai salah satu sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara,” jelasnya.

Manakala itu, tambahnya, penerbitan filem RINA2 pula berobjektif untuk meneruskan lagi perkembangan industri kreatif di negara ini yang semakin berkembang dan diterima ramai.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa melancarkan filem RINA2 terbitan Regalblue Production di Times Cineplex, Berakas, kelmarin. – Gambar Bahiyah Bakir
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa melancarkan filem RINA2 terbitan Regalblue Production di Times Cineplex, Berakas, kelmarin. – Gambar Bahiyah Bakir
Antara mereka yang menghadiri pelancaran filem RINA2 di di Times Cineplex, kelmarin. - Gambar Bahiyah Bakir
Antara mereka yang menghadiri pelancaran filem RINA2 di di Times Cineplex, kelmarin. – Gambar Bahiyah Bakir

Beliau menyatakan harapan bahawa filem RINA2 ini akan terus memperkenalkan Brunei dan Laos ke persada dunia memandangkan filem berkenaan merupakan kerjasama antara Regalblue Production dengan Lao Art Media Co. Ltd.

Katanya lagi, sempena ulang tahun penubuhan ASEAN yang ke-50 tahun ini, mereka memeriahkan lagi sambutan dengan pelancaran filem RINA2 yang juga bertemakan persahabatan.

“Saya mewakili warga penerbitan filem RINA2, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Jabatan Pawagam, Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos kerana menyokong projek penerbitan filem ini sejak dari awal lagi,” ujarnya.

Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh perwakilan negara luar ke negara ini, para pegawai kanan kerajaan, para penggiat filem dan seni tanah air serta para pelakon yang menjayakan filem terbitan Regalblue Production pertama dan RINA2.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -