Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Filem seram Malaysia berjaya masuk pasaran Amerika Utara

    Filem seram Don’t Look at the Demon, filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara dilihat sebagai pembuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan masa depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

    Menaraf filem itu sembilan daripada 10, katanya, filem berkenaan yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando Lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.

    “Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat,” katanya selepas tayangan perdana filem itu di Pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam kelmarin. Selain Lee, tayangan perdana itu turut dihadiri pelakon, Malin Crépin, kelahiran Sweden. yang membawakan watak Martha dan pelakon tempatan Hafidzuddin Fazil memegang watak sebagai pelayan bar.

    Don’t Look at the Demon, dengan bajet pembikinan hampir RM9 juta akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 6 Oktober ini dan sehari kemudian di Amerika Utara.

    Berdasarkan kisah sebenar, filem itu mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.– Agensi

    Filem seram Malaysia, Don’t Look at the Demon berjaya masuk pasaran Amerika Utara – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...