Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem Shia LaBeouf gagal di pawagam

    “TAYANGAN perdana filem ‘Man Down’ patut masuk Guinness World Record,” kata seorang penganalisis media di ComScore, Paul Dergarabedian.

    ‘Man Down’ adalah sebuah filem bertemakan peperangan yang dibintangi pelakon yang semakin malap cahayanya, Shia LaBeouf.

    Menurut laporan dipetik dari Variety, tayangan perdana filem berkenaan hanya memungut keuntungan AS$8 di United Kingdom, Britain untuk tempoh satu minggu.

    Ia bersamaan dengan dengan hanya satu tiket terjual sepanjang tempoh berkenaan.

    Selepas menyinar dalam filem blockbuster seperti Transformers dan Indiana Jones, Shia membuat keputusan untuk lebih aktif dalam projek indie.

    Aksi Shia LaBeouf dalam filem ‘Man Down.
    Aksi Shia LaBeouf dalam filem ‘Man Down.

    Usaha beliau bagaimanapun gagal mencapai tahap pecah panggung mahupun menerima kritikan dan pujian yang bernas.

    Kelakuan sebenar Shia di belakang layar juga ‘membantu’ memalapkan lagi bakatnya.

    Shia seringkali ditahan polis dan selalunya ia berkait dengan masalah alkohol dan tahun lepas, beliau ditangkap kerana protest anti pemerintahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

    Selebriti lain yang terlibat dengan projek indie seperti Emma Watson yang popular dengan francais file Harry Potter juga menerima padahnya.

    Filem projek indie Emma, The Colony menerima banyak kritikan negatif tahun lepas dan memungut kutipan yang kecil.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda