Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Filem Syamsul Yusof box office lagi!

    Hanya dalam masa 11 hari, filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah berjaya mencecah kutipan sebanyak RM47 juta.

    Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata bahawa filem tersebut juga berjaya mengatasi kutipan Munafik 2 sebanyak RM43 juta dalam masa sebulan serta kutipan yang tertinggi sejak 2018 sebanyak RM48 juta.

    Meluahkan rasa syukur, pengarah berusia 38 tahun itu juga memberitahu filem mengangkat tokoh pahlawan itu juga berjaya mengetepikan filem Hollywood selama dua minggu berturut-turut di pawagam.

    “Allahuakhbar… Mat Kilau merupakan filem paling cepat mencecah RM47 juta dalam masa hanya 11 hari. Mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (RM48 juta).

    “Hilang kata… limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa dan negara. Filem No. 1 Malaysia dua minggu berturut-turut,” kongsi Syamsul.

    Anak kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya kelmarin.

    Untuk rekod, Munafik 2 yang ditayangkan pada tahun 2018 meraih kutipan sebanyak RM43 juta dalam tempoh sebulan ditayangkan dan menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia iaitu RM48 juta.

    Dalam pada itu, rata-rata warganet serta rakan selebriti mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut dan mengakui filem tersebut sememangnya layak menduduki tempat pertama. “RM60 juta boleh ni.. kuasa Pahlawan Melayu,” komen seorang warganet.

    Sebelum ini, filem lakonan Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairi itu terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM7.3 juta untuk satu hari tayangan. – Agensi

    Syamsul (tengah) luah rasa syukur filem lakonan Adi Putra dan Fattah iaitu Mat Kilau dapat cecah kutipan tertinggi dan paling cepat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...