Filem tempatan Rusia semakin berkembang

YAKUTSK, Rusia – Di rantau pedalaman Rusia, Yakutia, industri perfileman sedang berkembang pesat di sana, walaupun menghadapi jadual penggambaran yang terbatas oleh kerana beberapa musim sejuk di Bumi ini dan para pengarah menyalahkan ‘roh’ kerana telah mengganggu kru produksi mereka.

Berada enam zon waktu jauhnya dari sekolah perfileman negara itu dan tanpa adanya pembiayaan dari pusat negara itu untuk pembuat-pembuat perfilemannya, wilayah itu bagaimanapun telah menghasilkan separuh daripada semua filem-filem Rusia, yang telah dihasilkan di luar Moscow dan Saint Petersburg.

“Semua orang mahu membuat filem,” kata Alexei Romanov, yang menghidupkan kembali kerjayanya sebagai pembuat filem di Saint Petersburg tiga dekad lalu, untuk kembali ke negara asalnya di Siberia.

“Kami mempunyai filem-filem yang mempunyai bajet dan bayaran yang sangat kecil. Namun ianya banyak disiarkan di pawagam-pawagam berbanding filem-filem blokbuster Hollywood,” katanya.

Apabila pengarah itu kembali semula ke Yakutia, sebuah wilayah luas yang kurang dari sejuta orang, industri tempatan itu hanya terdiri dari hanya dua jurukamera.

Sebuah dewan pawagam yang terdapat di pejabat Sakhafilm, iaitu sebuah syarikat utama bagi penghasilan perfileman Yakutia, di Yakutsk. – AFP
Suasana luaran pejabat Sakhafilm di Yakutsk. – AFP
Suasana dalaman pejabat Sakhafilm di Yakutsk. – AFP

Kini, hasil daripada sebahagian usahanya, orang-orangnya kini “berjuang untuk kamera” bagi menyiapkan projek-projek mereka sebelum peralatan yang ada mula gagal berfungsi oleh kerana suhu musim sejuk yang secara berkala menurun hingga minus 50 darjah Celcius.

Romanov menganggarkan belanjawan bajet bagi sesebuah perfileman tempatan adalah antara AS$40,000 dan AS$80,000 (35,000 dan 70,000 euro).

Kebanyakan pelakon pada dasarnya bekerja secara percuma dengan bajet yang sangat sedikit, dengan harapan agar mereka dibayar setelah menerima bayaran Box Office.

Tetapi penonton domestik dan asing mula menyedari terhadap hasil pengeluaran kawasan itu.

Tahun lalu, filem warga Yakutia ‘The Lord Eagle’ yang mengisahkan mengenai pasangan tua yang hidup bersama dengan seekor helang di hutan, telah menerima anugerah utama dalam Festival Filem Moscow.

Pesta Filem Busan Korea Selatan, salah satu terpenting di Asia, pada tahun 2017 menunjukkan sebilangan besar produksi Yakutia berada dalam retrospektif khas, dengan memuji gaya sinematiknya yang unik.

Penduduk tempatan secara berjenaka menganggap industri perfileman Yakutia adalah sebagai ‘Sakhawood,’ yang berasal dari nama lain di rantau itu, Republik Sakha.

Yakutia yang mempunyai kawasan yang belum pernah diterokai, penuh dengan legenda-legenda rakyat dan tradisi kepawangan, telah mampu menarik minat festival-festival tersebut, tetapi genre Sakhawood adalah sangat berbeza-beza.

Tayangan perdana yang telah ditayangkan baru-baru ini termasuklah ‘Republic Z,’ sebuah cerita mengenai ‘kiamat zombie’ yang dicetuskan oleh virus yang telah terkubur dalam permafrost.

Satu lagi keluaran terbaharu ialah ‘Cheeke,’ sebuah filem komedi jenayah mengenai perlawanan tarian disko, bersama dengan wira bermisai-hijau.

Romanov – salah seorang pengasas Sakhafilm, syarikat pengeluaran utama Yakutia – berkata kepentingan dan minat global terhadap bidang seni boleh dijelaskan dengan campuran kebudayaan Yakutia.

“Kami adalah orang Asia di satu pihak, dan orang Utara di pihak yang lain,” menggabungkan tema-tema ketahanan hidup bersama dengan warisan Turki, katanya.

“Filem Sakha menggabungkan legenda dan agama rakyat dengan penerapan nilai-nilai kontemporari,” Jin Park, seorang pengaturcara bagi pemilihan jawatankuasa festival Busan, tulisnya kepada AFP.

Pihak produksi di sana menunjukkan “daya tarikan asli yang jarang ditemui dalam filem-filem serantau lainnya,” katanya.

Berada jauh di pedalaman bukan sahaja menambah daya tarikannya, tetapi ia juga telah membantu mempertahankan pawagam-pawagam persendiriannya untuk kekal terus hidup.

“Kami bernasib baik kerana kami jauh dari segala-galanya dan para pengedar terbesar tidak pernah mengambil alih teater-teater kami,” kata pembuat filem Lyubov Borisova, ketika dia melakukan penyuntingan bunyi bagi arahan debutnya, yang mana telah difilemkan pada musim panas lalu.

“Keterasingan kami ini menjadikan kami tidak menarik” buat rantaian besar, yang memihak kepada filem-filem blokbuster Hollywood dan menutup filem buatan tempatan di sepanjang rantau Rusia yang lain, katanya.

Tayangan perdana di bandar utama Yakutsk itu adalah lebih kepada hal ehwal komuniti berbanding acara-acara gala selebriti. Masyarakat sering menghadirinya kerana terdapat saudara-mara keluarga yang terlibat dalam produksi pengeluaran filem tersebut.

Pada majlis tayangan ‘The Lord Eagle,’ yang telah memenangi beberapa anugerah, para tetamu telah diberikan hidangan penkek.

Penonton-penonton tempatan kini menggunakan Instagram untuk meluahkan komen mereka dan memberi markah bintang terhadap filem yang disaksikan, senyum Borisova. “Penonton kami sangat peka dan cerewet, dan mereka tahu kami membaca semua komen, jadi mereka pun menujukan kepada kami secara langsung: ‘Jangan membuat filem seperti itu lagi!’”

Filemnya adalah mengenai seorang lelaki muda yang telah dihantar bekerja di sebuah pulau terpencil di Artik, dengan tajuk berjudul ‘The Sun Never Sets’ dan akan disiapkan pada musim bunga.

Dia berkata bahawa kru-kru telah bertugas di pantai Laut Laptev selama sebulan, tinggal di sebuah klinik perkampungan yang dibiarkan.

Pasukan produksi sering mendengar bunyi-bunyi ‘roh’ di dalam bangunan tersebut, tambahnya, jadi mereka pun menghasilkan ‘timbunan api’, sebagai salah satu tradisi Yakut dalam menawarkan sesuatu kepada roh-roh tersebut.

Pada masa mudanya, Romanov telah mempelajarinya di bawah Sergei Gerasimov, seorang pengarah Soviet legenda yang kemudiannya dinamakan kepada sekolah perfileman terkemuka Moscow.

“Dia selalu memberitahu saya, jangan mencipta sesuatu, filemkan apa yang awak tahu dan jangan menyalin sesiapa pun. Dan inilah yang kita ajarkan kepada pembuat filem-filem muda kita,” katanya.

Dengan itu, para pengarah muda telah menemui kejayaan di tempat asal mereka, Yakutia. “Tiada sesiapa pun yang mahu pergi.” – AFP