Filipina benar kemasukan warga asing tertentu

MANILA, 17 JULAI – Filipina akan membenarkan kemasukan warga asing dengan visa jangka panjang ke negara itu mulai 1 Ogos, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jurucakap Presiden Harry Roque hari ini.

Dalam satu kenyataan, Roque berkata pasukan petugas COVID-19 antara agensi kelmarin menyetujui keputusan itu, manakala warga asing perlu mematuhi syarat ditetapkan pasukan petugas sebelum mereka dapat memasuki negara ini.

“Mereka mesti memiliki visa yang sah ketika masuk. Ini bererti visa masuk baharu tidak akan diterima,” kata Roque.

Beliau menambah warga asing “tertakluk kepada jumlah maksimum ketibaan penumpang di pelabuhan dan tarikh masuk, kerana keutamaan diberikan kepada rakyat Filipina yang kembali dari luar negara.” – Bernama