MANILA, 29 DIS – Filipina telah membatalkan larangan empat tahun yang dikenakan terhadap lombong terbuka baharu, hari ini, sebagai usaha memulihkan ekonomi negara itu yang terjejas teruk akibat COVID-19, menyebabkan aktivis menggelar langkah itu sebagai ‘pendek akal’.
Langkah itu memperlihatkan keputusan kerajaan Filipina membatalkan semula larangan yang dikenakan pada tahun 2017 yang tidak seiring dengan tindakan Menteri Alam Sekitar ketika itu yang mendakwa sektor berkenaan menjadi punca kemusnahan ekologi menyeluruh.
Sejak itu, Manila menjajarkan kembali langkahnya dengan menggalakkan pelaburan perlombongan bagi menambah pendapatan apabila perintah berkurung dan sekatan kuarantin menjejaskan ekonomi.
April lalu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang sebelum ini pernah mengugut untuk menutup keseluruhan sektor itu, menarik kembali larangan tersebut.
Pengarah biro lombong dan geosains (MGB), Wilfredo Moncano, memberitahu hari ini, bahawa Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu telah menandatangani arahan untuk membatalkan sekatan terhadap lombong terbuka di negara itu. – AFP