Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina berjaya rampas 336 kepingan cangkerang

    MANILA, 19 FEB – Filipina hari ini berkata ia merampas kepingan cangkerang gergasi di pulau barat terpencil, tempat penting dalam perdagangan haram global bagi spesies marin itu.

    Pihak berkuasa menemui 336 keping cangkerang di pantai pulau Bugsuk di wilayah Palawan Rabu lalu, kata satu kenyataan pengawal pantai Filipina.

    Tiada tangkapan dibuat terhadap rampasan spesies itu yang dianggarkan bernilai 8.1 juta peso (AS$145,000), tambah kenyataan itu.

    Perdagangan haram bagi kerang tersebut berlaku secara berterusan disebabkan permintaan tinggi di China dan Eropah, jurucakap Majlis Pembangunan Mapan Palawan, Jovic Fabello, memberitahu AFP.

    ‘Ia telah menjadi pengganti kepada perdagangan gading’ berikutan larangan meluas terhadap perdagangan gading gajah, kata Fabello, yang agensinya ditugaskan untuk melindungi biodiversiti wilayah Palawan.

    Kerang gergasi, termasuk Tridacna gigas yang boleh membesar hingga 1.5 meter diameter dan mempunyai berat lebih daripada 200 kilogram adalah spesies yang dilindungi di Filipina.

    Ia memainkan peranan penting sebagai makanan, tempat perlindungan dan blok bangunan dalam ekosistem terumbu karang di mana populasi ikan bertelur.

    Satu kajian yang dikeluarkan tahun lepas oleh kumpulan Traffic, yang memantau perdagangan haram global bagi spesies dilindungi, mendapati Filipina merampas lebih 121,000 tan kerang gergasi antara 2003 dan 2022, menyumbang 99.8 peratus daripada kerang gergasi yang dirampas dalam insiden pemerdagangan di Asia Tenggara pada masa itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda