Filipina bertegas tidak buka sekolah selagi tiada vaksin

MANILA, 8 JUN – Berpuluh-puluh juta kanak-kanak di Filipina tidak akan dibenarkan kembali ke sekolah sehinggalah satu vaksin koronavirus tersedia, pegawai mengumumkan hari ini, mengatakan mereka mungkin akan menyiarkan pembelajaran melalui TV.

Negara-negara seperti Perancis dan Korea Selatan sudah pun memulakan kelas bersemuka ketika mereka berjaya mengawal pandemik, namun pihak berkuasa Filipina melihat risikonya terlalu besar.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bulan lalu mengatakan meskipun pelajar tidak akan menjalani majlis graduasi, mereka masih perlu tidak bersekolah dalam usaha memerangi penularan pandemik tersebut.

“Kami akan mematuhi arahan presiden untuk membatalkan kelas bersemuka sehinggalah vaksin tersedia,” kata setiausaha pendidikan, Leonor Briones dalam satu kenyataan hari ini.

Kelas-kelas akan bersambung semula pada hujung Ogos dan guru-guru akan menggunakan kaedah pembelajaran jarak jauh melalui internet atau siaran TV di mana diperlukan, tambah Briones. – AFP