Filipina catat 1,968 kes jangkitan

MANILA, 22 NOV – Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) hari ini melaporkan sebanyak 1,968 kes jangkitan COVID-19 baharu, membawa jumlah keseluruhan negara itu kepada 418,818.

DOH berkata 10,957 pesakit sudah pulih, membawa jumlah keseluruhan yang sudah sembuh kepada 386,486.

Jumlah kematian meningkat 8,123 selepas 43 lagi pesakit meninggal dunia akibat penyakit tersebut, tambah DOH. – Xinhua