Filipina catat hampir 70,000 kes

MANILA, 20 JULAI – Jumlah kes COVID-19 di Filipina meningkat kepada 68,898 selepas Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan 1,521 kes baharu hari ini.

Menurut DOH, jumlah yang pulih turut meningkat kepada 23,072 selepas 607 lagi pesakit sembuh daripada penyakit itu dan angka kematian juga meningkat kepada 1,835 orang selepas merekodkan empat lagi kematian baharu. Metro Manila kekal merekodkan jumlah jangkitan tertinggi, dengan 1,273 kes baharu hari ini.

Jurucakap Biro Pemulihan (BuCor), Gabriel Chaclag hari ini mengatakan 19 daripada 343 banduan yang diuji positif COVID-19 di Penjara New Bilibid menjadi korban jangkitan virus itu. – Xinhua