Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Filipina hantar pulang 40,000 pekerja China

    MANILA, 27 SEPT – Filipina akan menghantar pulang 40,000 pekerja warganegara China dalam tindakan keras terhadap perniagaan permainan dalam talian tidak berlesen, menurut pegawai hari ini, selepas laporan penculikan, pelacuran dan pembunuhan dalam industri perjudian.

    Pengendali permainan luar negara Filipina, atau POGO, berkembang pesat sejak 2016 ketika bekas presiden Rodrigo Duterte meneruskan hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih dekat dengan China.

    Namun kebanjiran puluhan ribu pekerja China di sektor yang menyasarkan pelanggan dari China, di mana perjudian diharamkan, telah menyebabkan perbalahan.

    Ramai penduduk Filipina mengadu POGO telah mengelak cukai dan menaikkan kadar hartanah serta tidak memberikan peluang pekerjaan kerana tidak ramai penduduk yang boleh bercakap dalam bahasa China.

    Setiausaha Keadilan, Crispin Remulla baru-baru ini mengarahkan polis untuk bertindak selepas 175 buah pengendali yang lesen mereka telah dibatalkan namun terus beroperasi secara haram.

    Bulan depan negara itu akan mula menghantar pulang kira-kira 40,000 orang pekerja warganegara China yang bekerja dalam perniagaan tersebut, menurut jurucakap Kementerian Keadilan, Dominic Clavano, selepas laporan menyatakan POGO terlibat dalam ‘pembunuhan, penculikan dan pelacuran’.

    “Ini adalah tanggungjawab kami kepada masyarakat dan bagi memastikan jenayah seperti ini tidak berlaku,” Clavano memberitahu AFP.

    “Kami berpendapat menghantar mereka pulang merupakan jalan terbaik untuk memberitahu bahawa sikap seumpama ini tidak boleh diterima di negara ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...