Filipina hentikan cari gali minyak dan gas di kawasan dipertikai

MANILA, 20 APRIL – Manila sudah menggantung aktiviti cari gali minyak dan gas di Laut China Selatan, kata jurucakap Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, ketika ia cuba memeterai perjanjian dengan Beijing mengenai projek tenaga bersama.

Penggalian di pesisir Filipina dibenarkan disambung pada Oktober apabila Duterte – yang mengambil pendekatan lebih lembut berbanding mantannya terhadap tuntutan Beijing bagi kebanyakan bahagian laluan perairan itu – membatalkan satu moratorium pada 2014.

Keputusan Duterte itu diharap dapat mempercepatkan rundingan dengan Beijing mengenai penerokaan bersama di kawasan perairan itu yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas.

Namun syarikat tempatan terlibat dalam dua projek di pesisir wilayah Palawan sudah diarahkan menghentikan operasi mereka sekali lagi. – AP