JAKARTA, 29 Ogos – Indonesia, salah satu daripada beberapa negara yang mempunyai hubungan diplomatik selama beberapa dekad dengan Korea Utara, mengutuk pelancaran peluru berpandu yang melintasi Jepun.
Filipina, pengerusi mesyuarat tahun ke-10 Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara, juga telah menyatakan kekhuatiran yang serius, mendesak Pyongyang untuk menghentikan tindakan provokatif tersebut.
Kementerian Luar Negeri Indonesia mengatakan ujian peluru berpandu tidak konsisten dengan kewajiban antarabangsa Korea Utara. Ia menggesa Korea Utara untuk mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik dan pembangunan senjata nuklear.
“Kestabilan di Semenanjung Korea sangat penting,” kata kementerian itu.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Alan Peter S. Cayetano menggesa Korea Utara untuk menghentikan tindakan provokasi.
Cayetano berkata ASEAN dan Filipina sebagai pengerusinya tahun ini tetap komited untuk menyelesaikan konflik secara aman tetapi “provokasi seperti pelancaran peluru berpandu terbaru ini harus dihentikan untuk membantu kami mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk dialog.”
Korea Selatan telah mengeluarkan rakaman ujian peluru berpandu sendiri yang dikatakan telah dijalankan minggu lepas dalam respons terhadap pelancaran peluru berpandu Korea Utara yang terkini.
Tentera Korea Selatan berkata hari ia melakukan tiga ujian penerbangan dua jenis peluru berpandu baru dengan julat 800 kilometer (497 batu) dan 500 kilometer (310 batu) pada 24 Ogos lalu dan peluru berpandu itu hampir digunakan secara operasi. – AP