Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Filipina jangka lebih ramai pelancong tiba

    MANILA, 28 FEB – Filipina menjangkakan lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara itu selepas kerajaan melonggarkan sekatan COVID-19, menurut jabatan pelancongan hari ini.

    Peraturan pandemik di Metro Manila dan 38 lagi kawasan lain di seluruh negara itu akan beralih ke Tahap 1, skala terendah daripada 5 tahap, bermula 1 Mac bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dijalankan.

    Setiausaha Pelancongan, Berna Romulo-Puyat mengatakan pelonggaran sekatan akan mempertingkatkan pelancongan dan menjadikannya lebih mudah bagi pengembara asing dan domestik melawat kawasan pelancongan negara itu.

    “Jabatan pelancongan dengan penuh optimis menjangkakan pemulihan dan peningkatan banyak kerja-kerja berkaitan pelancongan dan peluang yang sebelum ini lenyap akibat pandemik,” tambah Puyat.

    Pandemik telah menjejaskan teruk sektor pelancongan di Filipina, memaksa industri perhotelan dan penerbangan memecat kakitangan.

    Hampir 1.1 juta pekerja terjejas dalam industri pelancongan di seluruh negara itu, menurut data rasmi.

    Penurunan tahap skala amaran COVID-19 dibuat dua minggu selepas negara itu membenarkan pengembara divaksinasi penuh dari 157 negara dan kawasan yang mempunyai pengaturan bebas visa dengan Filipina memasuki negara itu selepas hampir dua tahun larangan yang dikenakan kerana pandemik.

    Di bawah garis panduan yang dikemaskinikan, pengembara dewasa divaksinasi penuh boleh melawat negara itu di bawah Tahap 1, menjadikannya perjalanan lebih mudah diakses dan menyenangkan. 

    Perkhidmatan pengangkutan awam juga boleh beroperasi pada kapasiti penuh. – Xinhua

    Gambar fail 24 Februari lalu menunjukkan orang ramai bermain di taman tema di Bandar Pasay, Filipina. Filipina menjangkakan lebih ramai pelancong melawat negara itu berikutan pelonggaran sekatan ke skala terendah, Tahap 1. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...