Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Filipina kerah tentera ke kawasan gempa

    ANKARA, 28 JULAI – Filipina mengerahkan angkatan tenteranya ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi bagi membantu usaha mencari dan menyelamat, lapor agensi Anadolu (AA) memetik agensi berita Filipina hari ini.

    Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan utara Filipina pada Rabu, mencetuskan kejadian tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur.

    “Sejak semalam, Batalion Infantri ke-24 (24IB) telah membantu memindahkan pesakit ke sebuah hospital di Bangued, (sementara) unit Abra membantu membersihkan jalan, menyediakan bantuan pengangkutan, serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan di utara Luzon,” kata jurucakap tentera Kolonel Jorry Baclor.

    Kerajaan turut menyediakan pusat pemindahan untuk 541 keluarga setakat ini.

    Menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, lebih 800 gegaran susulan telah direkodkan di kawasan terjejas untuk tempoh 24 jam lepas.

    Gempa susulan direkod berukuran antara 1.5 hingga 5 pada skala Richter. – Bernama

    Seorang penunggang motosikal melepasi sebuah rumah yang condong akibat gempa bumi sehari sebelumnya yang melanda Bangued, wilayah Abra, utara Filipina, 28 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...